Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan ILPPG telah mengadakan Perhimpunan Pelajar bersama Pengarah bagi Sesi 2/2022 pada 20 September 2022 bertempat di Dewan Kuliah Utama ILPPG. Para pelajar diberikan taklimat ringkas berkaitan disiplin yang disampaikan oleh Ketua Biro Disiplin MPP ILPPG. Turut diadakan Taklimat Keselamatan yang disampaikan oleh Dr. Dayangku Suraya binti A Jafar. Pengarah ILPPG,Ts. Dr Alina binti A.Rahman@Othman turut menyampaikan amanatnya kepada para pelajar. Antara lain amanat tersebut ialah saranan kepada pelajar untuk menyertai pertandingan-pertandingan kemahiran dalam pelbagai bidang, peringatan terhadap disiplin dan galakan supaya belajar bersungguh-sungguh untuk menguasai kemahiran bidang masing-masing. Di akhir slot perhimpunan ini, diadakan sesi penyampaian sijil kecemerlangan anugerah khas pengarah dan penyampaian hadiah bagi program-program yang dijalankan oleh Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG.