Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Johor Bahru telah menjalankan ceramah dan pameran berkaitan bahaya dan kesan pengambilan alkohol, rokok dan dadah.
Ceramah pengenalan kepada bahaya bahan-bahan tersebut telah disampaikan oleh Dr.Siti Nuradliah bt Jamil, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Pasir Gudang. Ceramah bertajuk “Pengurusan Stress” juga diberikan kepada pelajar kerana stress juga merupakan satu faktor bagi pengambilan bahan-bahan tersebut. Ceramah ini disampaikan oleh En Shomaskumar a/l Susei, Pegawai Kaunseling KKPG. Selain itu, pameran dan saringan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Johor Bahru turut berlangsung di Dewan Platinum. Saringan kesihatan melibatkan pelajar dan juga sebahagian kakitangan ILPPG.