SK Pasir Gudang 3 telah mengadakan lawatan sambil belajar bagi murid-murid Tahap 2 ke ILP Pasir Gudang untuk memberikan pendedahan berkaitan teknologi sempena minggu STEM sekolah.
Taklimat Pengenalan ILPPG telah disampaikan oleh Encik Megat Mohd Faizar, Pegawai CESS ILPPG. Seterusnya murid-murid dibawa melawat sekitar ILPPG dan bengkel-bengkel bertujuan memberi sedikit gambaran tentang pelaksanaan TVET.