Kursus PLC anjuran Bahagian Instrumen Perindustrian ini telah dijalankan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran tentang Programmable Logic Controller (PLC) kepada 28 orang pelajar ILPPG yang terdiri daripada pelajar Bahagian Juruelektrik. Program ini dapat membantu peserta kursus mendalami ilmu tentang penyambungan input/output dan pengaturcaraan PLC. Program ini dijangka berakhir pada 15 Oktober ini.