07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Kursus Jangka Pendek Siri 1 Modul Basic Electronics Drawing telah dijalankan selama 2 hari bermula 18 hingga 19 Oktober 2022. Kursus ini dijalankan melalui Program Latihan Usahasama ILPPG dan Syarikat Beyonics Precision Malaysia Sdn Bhd. Kursus ini telah disertai oleh 16 orang pekerja industri yang terdiri daripada jurutera dan juruteknik dari Syarikat Beyonics Precision Malaysia Sdn Bhd. Tenaga pengajar dari Bahagian Teknologi Elektronik Industri iaitu Pn Norhedayah binti Jamaludin telah memberi pendedahan berkenaan komponen asas elektronik, simbol dan gambar rajah litar. Selain itu, peserta didedahkan dengan keperluan lukisan reka bentuk skematik elektronik dan penghasilkan lukisan skematik.

Skip to content