07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG sekali lagi telah mengatur program ceramah pada 17 Oktober 2022 bertempat di Dewan Kuliah Utama ILPPG. Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Muhd Ihsan bin Muhd Halid ini menyentuh tentang siasah dalam acuan Islam dan kewajiban golongan muda untuk ambil peduli tentang kenegaraan. Ceramah ini sangat perlu diadakan memandangkan ramai anak muda yang tidak cakna terhadap perkembangan negara. Semoga adanya ceramah ini para pelajar ILPPG akan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia dalam menentukan hala tuju kepimpinan negara.

Skip to content