Biro Pendidikan dan Pembangunan Sakhsiah MPP ILPPG mengadakan kempen sekaligus menganjurkan Program Solat Sunat Gerhana Bulan pada 8 November 2022. Program ini dimulakan dengan bacaan istighfar sebelum masuknya waktu Maghrib diikuti dengan solat maghrib berjemaah. Para jemaah digalakkan melihat fenomena gerhana bulan sebelum solat sunat gerhana dilaksanakan. Solat dan khutbah gerhana bulan dipimpin oleh Presiden MPP ILPPG, Saudara Muhammad Adam Khuzairi Bin Haswari.