Program berkonsepkan pasar malam ini telah dianjurkan oleh MPP ILPPG pada 9 November lalu bertujuan untuk melatih para pelapis MPP yang terdiri daripada Semester 1 dalam bidang kepimpinan, pengurusan dan keusahawanan. Makanan dijual dengan harga murah dan cabutan bertuah turut diadakan kepada pengunjung yang hadir menjadi tarikan utama pelajar-pelajar lain ke program ini.