Program Kebudayaan Pelajar Moral Sesi 2/2022 anjuran JK Moral ILP Pasir Gudang telah diadakan pada 09 Disember 2022 di ILP Pasir Gudang bermula 7.30 pagi sehingga 11.00 malam. Program dimulakan dengan aktiviti sukan para pelajar diikuti dengan majlis malam kebudayaan.
Objektif utama program ini adalah untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan pelajar moral di samping memberikan motivasi dan semangat kepada para pelajar serta meraikan pengajian Sesi 2/2022 yang akan berakhir dengan peperiksaan dalam masa terdekat.
Majlis Kebudayaan ini telah dirasmikan oleh Puan Pengarah ILP Pasir Gudang Ts. Dr. Alina Binti A Rahman @ Othman. Program ini dijayakan oleh 48 orang pelajar moral ILP Pasir Gudang dari Sesi 2/2022 dan diselaraskan oleh Penasihat Program Moral ILP Pasir Gudang.