Bahagian Teknologi Pembuatan (Pemesinan) telah membawa pelajar-pelajarnya mengadakan lawatan industri ke Shamrock Precision (M) Sdn Bhd yang bertempat di Taman Perindustrian I-Park Sac, Senai dengan menaiki bas. Aktiviti ini telah disertai oleh 18 orang pelajar Semester 3 Bahagian TPP, 1 orang pelajar Semester 4 Bahagian TPP dan 4 orang pelajar Semester 4 Teknologi Pembuatan (Perkakasan). Pegawai pengiring; Puan Hasimah binti Kamal, Puan Harmaninda binti Haron dan Encik Muhammad Adam bin Mahfuz.
Aktiviti ini dapat memberi gambaran sebenar kepada para pelajar mengenai keadaan sebenar di industri dan menjadikan para pelajar lebih memahami keperluan dan kehendak industri terhadap pekerja.