07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan menganjurkan Majlis Apresiasi dan Kecemerlangan Pelajar Semester Akhir pada 15 Disember 2022 bertempat di Dewan Platinum ILPPG.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan para pelajar yang bakal menamatkan latihan di sini di samping memberikan penghargaan kepada para pelajar yang cemerlang.

Majlis ini disempurnakan oleh Pengarah ILP Pasir Gudang,Ts Dr Alina binti A Rahman @Othman yang turut menyampaikan amanat dan mutiara kata untuk dijadikan pedoman kepada para pelajar.

Majlis yang bertemakan warna hitam merah ini sudah pasti menggamit memori indah di dalam sanubari tambahan pula ianya diserikan dengan cabutan bertuah dan persembahan nyanyian daripada setiap bahagian.

Skip to content