07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Mesyuarat Tapak Bil 6 Projek Bengkel Kimpalan Tambahan ILP Pasir Gudang telah dihadiri oleh Ybrs. Encik Shakib Ahmad Shakir, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Ts. Dr Alina binti A.Rahman@Othman, Pengarah ILP Pasir Gudang bersama pegawai JKR dan Kontraktor.

Mesyuarat ini, membincangkan kemajuan pembinaan di tapak projek bagi memastikan projek ini dapat disiapkan mengikut masa yang dirancang. Kemajuan projek sehingga Januari 2023 adalah mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Di akhir mesyuarat tapak ini juga diadakan majlis menandatangani dokumen pemilihan bahan lantai dan cat bangunan yang ditandatangani oleh Ybrs. Encik Shakib Ahmad Shakir, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia yang disaksikan oleh pihak JKR (D) Johor Bahru dan pihak kontraktor Saharil Holding Sdn Bhd.

Skip to content