Kursus Jangka Pendek Siri Kedua untuk Modul Basic Electronics telah dijalankan selama 2 hari bermula 16 hingga 17 Januari 2023. Kursus ini telah dijalankan di bawah Program Latihan Usahasama ILPPG dan Syarikat Beyonics Precision Malaysia Sdn Bhd.
Seramai 12 orang pekerja industri yang terdiri daripada jurutera dan juruteknik Syarikat Beyonics Precision Malaysia Sdn Bhd. telah hadir sebagai peserta. Pn Azura Hani binti Hamdan pengajar dari Bahagian Teknologi Elektronik Industri, telah memberi pendedahan tentang asas elektronik bermula dari pengenalan hingga aplikasi komponen-komponen elekronik kepada semua peserta termasuk pengetahuan dalam membuat pengiraan dan pengukuran pada litar asas elektronik.
Kursus ini dapat meningkatkan pengetahuan serta memantapkan lagi kemahiran para pekerja industri. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dapat digunapakai dalam proses peningkatan kerjaya pekerja industri di masa akan datang.
