Siri Latihan Tenaga Pengajar eKeusahawanan ILPPG ToT eKeusahawanan (Portal Go-eCommerce) telah diadakan pada 9 Feb 2023 di ILP Pasir Gudang yang dikendalikan oleh Penyelaras ekeusahawan ILPPG iaitu Pn. Ts. Kavitha Palaniappan. Fokus utama latihan adalah untuk memperkenalkan portal Go-eCommerce kepada tenaga pengajar baru dan lama dalam pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran modul eKeusahawanan di institut.
Seramai 9 orang tenaga pengajar yang terlibat dalam mengendalikan pembelajaran eKeusahawanan di ILPPG telah menyertai latihan yang dijalankan. Para pengajar mempelajari semua ciri-ciri yang terdapat dalam portal ini yang bermanfaat dalam sesi PdP kelak.
Di samping itu, semua peserta telah mempelajari secara hands-on cara pewujudan akaun pelajar, cara perekodan hasil jualan dan perbelanjaan usahawan serta penjanaan rekod jualan dari portal. Peserta juga didedahkan dengan pembelajaran kendiri yang boleh disertai secara atas talian melalui portal yang boleh disertai oleh tenaga pengajar dan pelajar semasa sesi PdP dijalankan.
