07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Lawatan Penandarasan Pensijilan OPITO oleh ADTEC Batu Pahat ke ILP Pasir Gudang pada 19 Februari 2023 diketuai oleh Timbalan Pengarah Latihan, Ts. Ismail bin Sukeeman bersama 5 orang pegawai BKKL, BPPL, serta Ketua Bahagian dan pengajar bagi bidang Minyak & Gas Mekanikal (Down Stream).

Objektif lawatan tersebut adalah bagi merancang dan membuat persiapan bidang Minyak & Gas Mekanikal (Down Stream) di ADTEC Batu Pahat bagi sebarang perubahan syarat terkini yang telah ditetapkan oleh pihak OPITO juga mengenalpasti perubahan dokumen kelayakan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pihak OPITO.

Melalui lawatan tersebut kedua-dua institut dapat bertukar-tukar fikiran dan pandangan bagi status pelaksanaan program pensijilan termasuk dari segi perancangan silibus dan peralatan yang diperlukan bagi program tersebut.

Skip to content