07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Kursus yang dijalankan pada 6 – 19 Februari 2023 ini telah disertai oleh 20 orang peserta terdiri daripada alumni ILP Pasir Gudang dan ILP Mersing. Peserta didedahkan dengan teknologi baru ke arah Revolusi Industri 4.0 dalam sistem automasi bangunan di mana kawalan aksesori dan peralatan elektrik dikawal secara automatik.

Kursus usahasama bersama KNX Center iaitu Seikou Systec Sdn. Bhd. dengan tenaga pengajar dari Seikou Systec, Mr. Rajesh Sunkari telah memberi pendedahan berkaitan dengan topik-topik seperti KNX System Arguments, KNX Communication, KNX TP1 Topology, KNX Bus Devices, KNX TP1 Installation, KNX ETS5 programming dan commissioning & diagnostic kepada peserta-peserta.

Selain mempelajari teori dan amali, peserta juga perlu menduduki peperiksaan dan lulus peperiksaan tersebut bagi melayakkan peserta mendapat sijil profesional (KNX Basic Certified) dan pensijilan dari JPK bagi Modul Electrical Building Automation System Installation.

Skip to content