Mesyuarat Kick-Off Program SLDN ini telah diadakan pada 12 Mac 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat, ILP Pasir Gudang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Mekanikal & Pengeluaran, En Zuraidy bin Kadir dan dihadiri oleh 2 orang wakil daripada Syarikat AZ Motorsport, 2 orang wakil daripada Syarikat Alsagoff Garage, 2 orang wakil daripada Syarikat AKG Autoworks, Ketua Bahagian Teknologi Automotif dan urusetia dari Bahagian Kawalan Kualiti Latihan, ILPPG. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan hal berkaitan progam SLDN yang akan diadakan pada bulan April 2023 nanti.