Surau Al-Mawaddah ILPPG komited menjalankan program-program berbentuk kerohanian untuk para pelajarnya. Perkara ini telah direalisasi dengan penganjuran BULAN PEMANTAPAN ILMU bermula 7 Februari hingga 21 Mac 2023 jam 7.30 malam hingga 9.00 malam.
Sepanjang penganjuran, 15 slot ceramah agama, 7 slot kursus fardhu ain dan 12 LDK ilmu telah diadakan. Sebanyak 4 majlis jamuan makan telah diadakan bagi menarik minat pelajar untuk hadir ke surau termasuklah Majlis Doa Selamat ILPPG, Sambutan Nisfu Syaaban dan ‘Cornetto Day’ sempena Hari Wanita Sedunia. 5 slot Forum Alumni ILPPG turut diadakan bagi menyuntik semangat juang para pelajar di dalam menimba ilmu. Antara forum yang dianjurkan ialah:
i. Forum Bicara Kejayaan
– Forum membicarakan kejayaan bekas pelajar Kursus Pemesinan yang bekerja sebagai Head Designer di Volkswagen AG Wolfburg
ii. Forum Bicara Bonda
– Forum membicarakan tentang pengorbanan ibu-bapa dan peranan seorang anak.
iii. Forum Bicara Permata ILPPG
– Forum perbincangan gaya hidup seorang bekas pelajar yang banyak berjasa kepada institut. Beliau kini berkhidmat di dalam industri minyak dan gas di Rapid Pengerang.
iv. Forum Pendakwah Remp-iT
– Forum kisah kehidupan seorang ‘Mat Rempit’ yang dapat mengubah hidupnya setelah belajar di ILPPG bahkan dapat membimbing rakan-rakan dunia permotorannya.
v. Forum Bicara Srikandi
– Forum bicara santai bersama Alumni wanita ILPPG yang bekerja sebagai pengimpal di MMHE sangat memberi kesan dalam memantapkan semangat para pelajar wanita bagi meneruskan latihan di ILPPG.
Selain daripada itu, pelbagai aktiviti yang dijalankan secara berkala seperti ‘ILPPG Quran Hour’, Tazkirah Dhuha dan program kebajikan yang diadakan pada setiap minggu. Semoga usaha ini dapat melahirkan para pelajar yang tinggi jati dirinya.
