Majlis Penyerahan Wakalah Zakat dan Tanggungjawab Sosial Korporat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah diadakan pada 4 April 2023 di lobi pentadbiran Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang. Penyerahan sumbangan sebanyak RM5000 ini disempurnakan oleh Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts.Dr Alina binti A Rahman @ Othman melibatkan 10 orang pelajar yang terpilih.