Program ILPPG Prihatin merupakan program tahunan yang dilaksanakan oleh ILP Pasir Gudang dan dilakukan sebanyak 2 Fasa pada tahun ini di mana Fasa 1 bersempena dengan Program Jelajah Ramadan Nasional FM ‘Ambil Tahu Belia Madani’ yang diadakan pada 2 April 2023. Liputan siaran lansung telah dibuat oleh pihak media bagi rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM semasa program dijalankan.
Tujuan utama program ILPPG Prihatin ini diadakan setiap tahun ialah untuk menyampaikan sumbangan kepada keluarga asnaf, ibu tunggal serta anak yatim dan pada Fasa 1 yang lepas, seramai 50 keluarga telah dipilih untuk menerima sumbangan. Sumbangan berbentuk barangan keperluan dan duit raya ini adalah hasil sumbangan kakitangan ILP Pasir Gudang, orang persendirian, Nasional FM, FAMA dan Southern Lion.
Manakala pada Fasa 2, program ini telah dijalankan pada 16 April 2023 dan dirasmikan oleh Puan Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts. Dr. Alina binti A.Rahman@Othman yang melibatkan pengagihan sumbangan barangan berbentuk keperluan harian kepada 70 keluarga asnaf dan anak yatim juga ibu tunggal yang telah dipilih di sekitar Pasir Gudang.
Sumbangan pada kali ini telah disampaikan terus ke rumah-rumah penerima sumbangan oleh pasukan ILPPG Prihatin dan kakitangan secara sukarela. Program tamat pada jam 11.00 pagi dengan jayanya. Semoga program yang murni ini menjadi satu aktiviti wajib ILP Pasir Gudang dalam membuktikan ILP Pasir Gudang cakna, prihatin dan ambil tahu terhadap situasi komuniti sekelilingya.
