Kursus IPC-A-610 Acceptability of Electronics Assemblies telah dijalankan selama dua hari bermula 15 hingga 16 Mei 2023 di ILP Pasir Gudang. Kursus ini dijalankan di bawah program khusus iaitu Program Latihan Kemahiran (PLK) Tahun 2023 di mana objektifnya adalah untuk meningkatkan kemahiran pengajar-pengajar ILJTM. Kursus ini telah disertai oleh 14 orang pengajar ILP Pasir Gudang yang mempunyai latar belakang Bidang Kemahiran Elektronik dan disampaikan oleh Master IPC Trainer (MIT) berpengalaman iaitu Mr Ooi Cheng Keat.
Di dalam kursus ini, peserta diberi pendedahan terhadap kriteria yang digunakan dalam IPC-A-610, kefahaman kriteria penerimaan dan kecacatan untuk produk Kelas 1,2 dan 3 serta kefahaman kriteria penerimaan dan kecacatan untuk pelbagai pemasangan cip, IC dan PCB. Selain itu, peserta juga dapat memantapkan pengetahuan dan membuat persediaan dalam memenuhi keperluan NOSS, sekaligus berkeyakinan dalam sesi pengajaran serta pembelajaran NOSS baru Elektronik Industri C261-001-2/3:2020 iaitu Penyeliaan dan Pengesanan Kerosakan Komponen dan Papan Elektronik.