07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

ILP Pasir Gudang telah mengadakan Sambutan Hari Raya Perdana, Perhimpunan Bulanan, Majlis Perpisahan Staf dan Sambutan Hari Guru Peringkat ILP Pasir Gudang bagi tahun 2023. Majlis ini juga bagi menghargai pengajar-pengajar ILP Pasir Gudang sempena Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei 2023 yang lalu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang sambutan seperti Pertandingan Petanque, Pertandingan Tarik Tali, Pertandingan Congkak, Pertandingan Menganyam Ketupat, Pertandingan Video Ucapan Hari Guru dan Pertandingan Guru Popular.

Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts. Dr. Alina binti A.Rahman@ Othman telah menyampaikan amanat kepada kakitangan dan selepas itu menyatakan penghargaan di atas jasa dan sumbangan bekas pengajar ILP Pasir Gudang iaitu En. Mohd Atiq Bin Tumin yang berpindah ke ILP Mersing. Pengarah ILP Pasir Gudang turut berbesar hati merasmikan majlis dan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan selepas persembahan oleh pelajar dan pengajar ILP Pasir Gudang.

Bagi melengkapkan Sambutan Hari Raya Perdana ILPPG, pertandingan gerai dan karaoke lagu Hari Raya turut diadakan. Kemeriahan masih dapat dirasakan walaupun Syawal telah melabuhkan tirainya. Majlis berakhir jam 1 tengahari dengan penyampaian hadiah pertandingan gerai dan karaoke.

Skip to content