Kursus Basic Lubricant & Application in Automotive Industry telah diadakan pada 24 Mei 2023 di Dewan Kuliah Utama ILPPG anjuran Bahagian Teknologi Automotif ILP Pasir Gudang bagi pelajar-pelajar dan tenaga pengajar Teknologi Automotif ILP Pasir Gudang. Seramai 60 orang peserta telah turut serta dengan kursus yang disampaikan oleh Ir. Mohamad Surif Abd Wahab, Head Technical Services Department dari Petronas Lubricants Marketing Malaysia Sdn. Bhd.
Menerusi kursus ini para peserta dapat mendalami pengetahuan dalam lubrikasi kenderaan dari aspek teknologi di sebalik penghasilan bahan pelincir, minyak enjin dan spesifikasi minyak enjin. Di samping itu, peserta juga didedahkan dengan minyak brek & pencengkam, minyak gear manual & otomatik juga bahan penyejuk (coolant) untuk kenderaan. Para peserta dapat memperolehi pengetahuan tentang bahan pelincir palsu dan bahaya penggunaannya di dalam kenderaan.
