07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Kursus ‘Diagnose Smart Washing Machine’ telah diadakan pada 24 Mei 2023 di Bilik Samsung ILP Pasir Gudang anjuran Bahagian Teknologi Elektronik Industri. Kursus ini telah dijalankan di bawah Program National Training Week (NTW) 2023 bertujuan untuk menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai budaya rakyat Malaysia. Kursus ini telah disertai oleh 10 orang peserta dan telah disampaikan oleh pengajar berpengalaman iaitu Pn. Norhedayah binti Jamaludin.

Peserta telah diberi pendedahan kepada asas mengenalpasti kerosakan dan selenggara mesin basih bermula dari pengenalan jenis mesin basuh, mengenal pasti jenis alatan tangan yang diperlukan semasa melakukan kerja-kerja penyelenggaraan mesin basuh sehingga mengenalpasti jenis kerosakan mesin basuh. Di dalam kursus ini juga peserta diajar secara amali teknik membuka dan memasang semula bahagian-bahagian mesin basuh.

Skip to content