Bahagian Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak dan Gas) ILP Pasir Gudang telah menganjurkan kursus Asas Autocad Hamparan secara bersemuka sempena National Training Week (NTW) pada 27 Mei 2023. Kursus ini telah dikendalikan oleh pengajar kompeten dalam bidang rekabentuk iaitu Pn Tc. Azroyliza binti Aradi.
Seramai 13 orang peserta berjaya menyertai kursus ini sehingga tamat. Para peserta didedahkan dengan Autocad, iaitu satu platform mudah untuk membuat rekaan 2D, setiap peserta diberi peluang untuk merasai pengalaman secara hands-on melukis lukisan hamparan dengan teknik yang betul dan selamat.