Kursus Basic Vehicle Electrical System (NTW) telah diadakan pada 27 dan 28 Mei 2023 di Bahagian Teknologi Automotif ILP Pasir Gudang sempena minggu National Training Week (NTW). Seramai 11 orang peserta dari kalangan orang awam telah menyertai kursus yang dianjurkan ini. Kursus yang dijalankan secara bersemuka ini telah disampaikan oleh En Mohd Fadzli Bin Mat Puzi @ Mohd Fauzi.
Para peserta didedahkan secara teori dan amali asas sistem elektrikal kenderaan yang merangkumi pengenalan kepada komponen elektrikal kenderaan, asas diagnosis kefungsian komponen dan proses penukaran komponen-komponen tersebut di dalam kenderaan. Kursus yang dijalankan selama dua hari ini dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan para peserta sejurus mencapai objektif penganjuran.