07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Sempena National Training Week (NTW), Kursus Operasi Asas Larik telah diadakan pada 26 dan 27 Mei 2023 di Bengkel Teknologi Pembuatan, ILP Pasir Gudang. Kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Die) ini bertujuan memberi pendedahan dari segi pengetahuan dan kemahiran kepada peserta tentang operasi asas mesin larik.

Pembelajaran fokus kepada cara melaras mesin larik, melaras mata alat pemotong, melaras benda kerja dan melakukan operasi larik berpandukan lukisan yang diberikan. Peserta kursus terdiri daripada 15 orang peserta dan disampaikan oleh pengajar pakar bidang Pembuatan (Perkakasan-Die) iaitu En Muhammad Adam bin Mahfodz.

Skip to content