07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Kursus Jangka Pendek (Cross Skilling Programme) -Asas Pendawaian Elektrik 1 Fasa Siri 3 telah dijalankan selama 2 hari bermula 7 hingga 8 Julai 2023. Seramai 21 orang pelajar Teknologi Automotif Semester 4 telah melengkapkan kursus ini dengan jayanya. Kursus ini disampaikan oleh En. Abd Kahar bin Rahman selaku tenaga pengajar kompeten dari Bengkel Teknologi Elektrik.

Objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan, pengetahuan asas dan kemahiran berkaitan fungsi Papan Agihan (Distribution Board) 1 Fasa, lukisan pendawaian 1 Fasa dan seterusnya asas pendawaian elektrik 1 Fasa. Semoga program ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para peserta.

Skip to content