Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu Sesi 2/2023 melibatkan 247 orang pelajar telah diadakan pada 31 Julai hingga 6 Ogos 2023. Program ini dirasmikan oleh Ts. Dr. Alina binti A. Rahman @Othman selaku Pengarah ILP Pasir Gudang. Minggu Suai Kenal ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar berkaitan sistem latihan dan peraturan di ILP Pasir Gudang. Pelajar dapat berkenalan sesama mereka dengan lebih rapat dan diharap dapat beradaptasi dengan kehidupan di institut dengan lebih baik.
