07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Lawatan Verifikasi Naziran telah diadakan pada 28-30 Ogos 2023. Seramai 3 orang pegawai naziran daripada Institut Latihan Perindustrian Bukit Katil telah hadir bagi mengesahkan keputusan pelajar Sesi 1/2023 seramai 169 orang calon bagi lawatan terakhir, 237 orang calon bagi lawatan pertama dan semakan portfolio pelajar tahap terendah bagi 5 bidang. Pegawai Naziran yang diketuai oleh Puan Siti Nurul Ain binti Jalani bersama 2 orang pegawai iaitu Puan Rafizah binti Hamdan dan Puan Hamizah binti Hamzan telah berkampung selama 3 hari di ILP Pasir Gudang bagi menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak ibu pejabat. Ucapan terima kasih dan penghargaan dari pihak pengurusan ILP Pasir Gudang.

Skip to content