Pada 13hb September 2023, SMK Bukit Batu telah menjemput ILP Pasir Gudang membuka kaunter penerangan sempena Karnival STEM, Karnival Kerjaya dan Hari Keusahawanan di sekolah tersebut.
Sasaran adalah pelajar-pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5. Program ini sekaligus membuka mata pelajar-pelajar untuk memilih TVET sebagai bidang pilihan dalam melanjutkan pelajaran.
