Seramai 10 orang pelajar ILP Pasir Gudang bersama 1 orang pegawai pengiring telah dijemput ke Majlis Perasmian Program Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Johor. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor serta Majlis Belia Negeri Johor Ini diadakan pada 29 september hingga 1 Oktober 2023 bertempat di Tuanku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Johor Bharu, Johor.
