07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG telah mengambil inisiatif mengadakan Program A.S.K (Always Seek Knowledge) pada 5 November 2023. Program berbentuk bual santai ini dijalankan bagi meningkatkan motivasi di dalam diri para pelajar dan Saudara Muhamad Aidil bin Normat dipilih sebagai ahli panel kerana beliau merupakan graduan terbaik ILPPG pada Majlis Konvokesyen ILJTM ke 26 baru-baru ini.

Dalam program bual santai ini, beliau menyaran agar para pelajar mempertajam dan memvariasi ilmu kemahiran supaya mampu berdaya saing di dalam sektor industri. Lambakan pekerja asing yang jauh lebih produktif di samping kos upah yang murah menjadi cabaran utama para pekerja tempatan untuk mengambil tempat di ‘gelanggang industri. Beliau turut berkongsi pengalaman sebagai Presiden MPP yang sangat aktif dalam menjalankan aktiviti membentuk sakhsiah diri para pelajar.

Beliau yang kini bekerja sebagai Mechanical Fitter (Maintenance) di Pengerang Integrated Complex sempat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga ILP Pasir Gudang yang membimbing beliau hingga ke tahap ini.

Skip to content