07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Bahagian Teknologi Elektrik telah menganjurkan Kursus Jangka Pendek Modul Sistem Pendawaian Elektrik 1 Fasa selama 12 hari sepanjang bulan Oktober hingga November 2023. Program ini dibahagi kepada 2 Siri (48 jam latihan setiap siri). Seramai 23 orang peserta telah menghadiri kursus ini dari pelbagai latar belakang bidang kerja terdiri daripada kakitangan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan Kolej Marlborough Malaysia.

Pengajar pakar bidang elektrik iaitu En. Abd kahar bin Rahman dan En. W. Mahmudul Hasan bin W. Zolkipli telah memberi pendedahan pengetahuan dan kemahiran berkaitan fungsi papan agihan (distribution board) 1 fasa, lukisan pendawaian 1 fasa dan sistem pendawaian serta pengujian elektrik 1 fasa. Semoga program ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta peningkatan kerjaya peserta di masa akan datang.

Skip to content