Ketua Unit Kewangan dan Pengurusan Sumber Manusia (KPSM) JPK Wilayah Selatan, Ts. Aidayu Delaila binti Dahlan bersama pegawai beliau Pn Nurul Aini binti Saruni telah hadir ke ILP Pasir Gudang pada 30 November 2023 bagi membincangkan cadangan Kursus Jangka Pendek (KJP) Reskilling dan Upskilling bagi kakitangan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Selatan. Kursus ini bertujuan mempersediakan kakitangan agensi tersebut dengan ilmu dan kemahiran dalam bidang teknikal. Beliau juga telah dibawa melawat ke bengkel Teknologi Pembuatan (Pemesinan), Juruelektrik serta Rekabentuk Produk Industri.