Seramai 3 orang wakil dari Syarikat Kian Joo Can Johor (KJCJ) hadir ke ILPPG pada 6 Disember 2023, bertemu dan berbincang dengan pegawai BKKL dan CESS ILPPG berhubung perlaksanaan SLDN bagi tahun 2024. Kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk menjalankan kursus pada Jun 2024 dan piihak ILPPG akan membantu pihak syarikat dalam mencari perantis bagi program tersebut.
