Program Pemantapan Jati Diri Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ILPPG Sesi 2/2023 telah dijalankan di X-Park Malaysia Sunway Iskandar, Gelang Patah bermula jam 11.00 pagi hingga 4.30 petang. Program dijalankan bertujuan meningkatkan keyakinan diri dan keberanian ahli MPP. Seramai 27 orang ahli MPP dan 5 orang pegawai hadir bagi menjalani aktiviti yang diadakan di sini. Taklimat diberikan oleh Ydh. En. Arbain Md Ishak, Jurulatih Rekreasi Luar Negeri Johor merangkap Pengasas High Rope X-Park Sunway Iskandar.
Beliau telah mengajar cara-cara penggunaan serta keperluan peralatan keselamatan dan beliau juga telah menerangkan modul bertajuk Risk Assesment & Safety Management (RASM). Ini bertujuan untuk meningkatkan lagi ilmu dan pengalaman ahli MPP dalam melaksanakan sesuatu aktiviti atau program. Program ini juga merupakan pendedahan dan pengalaman baru kepada hampir semua MPP dalam bidang Rekreasi Luar dan secara tidak langsung memberi kesedaran betapa pentingnya keselamatan dalam bidang industri yang bakal mereka ceburi pada masa akan datang.

 
  
 