Jawatankuasa Surau Al-Mawaddah dan Biro Agama KSDK ILPPG telah bekerjasama menganjurkan Program Khas: Fiqh Wanita pada 14 Mac 2024 (Khamis) bersempena Ramadan 1445H. Ustazah Amira Afina binti Jamaluddin dijemput sebagai penceramah bagi program selama 2 jam ini yang dihadiri oleh pegawai dan kakitangan serta pelajar-pelajar wanita muslim ILPPG.
Para peserta diberi pendedahan dan pengetahuan berkaitan darah wanita seperti Haid, Nifas & Istihadhah serta kesannya terhadap status ibadah dan merungkai kekeliruan dalam mengenal pasti jenis darah serta tindakan yang seharusnya dilakukan. Majlis diakhiri dengan sesi penyerahan cenderamata oleh wakil pengurusan ILPPG, Ts. Dr. Dayangku Suraya binti Awang Jafar kepada penceramah.