07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama ILP Pasir Gudang telah mengadakan Program Pendidikan dan Pencegahan pada 25 April 2024 (Khamis) yang bertujuan memberi pendedahan berkenaan impak dan pengaruh negatif terhadap hasil percetakan dan penerbitan yang dikenakan Perintah Larangan, Al Quran yang dipasarkan tanpa kelulusan KDN, filem-filem haram atau belum ditapis dan garis panduan penguatkuasaan Akta Agensi Persendirian.

Program ini dihadiri oleh pengajar dan pelajar Semester 1, ILP Pasir Gudang. Selain taklimat daripada 2 orang penceramah bertauliah KDN, terdapat juga ruang pameran yang disediakan bagi menunjukkan contoh-contoh naskhah atau buku yang dirampas kerana melanggar syarat penerbitan. Ruang pameran penukaran Al-Quran yang tidak mempunyai cop KDN juga dibuka. Taklimat yang disampaikan oleh En Lazim dan Ustaz Samsurizal telah membuka luas pengetahuan mengenai kenapa buku atau naskhah tersebut diharamkan penerbitannya. Secara keseluruhannya, program ini memberi impak positif dan boleh dimanafaatkan oleh pelajar, pengajar serta kakitangan yang hadir.

Skip to content