07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Solat merupakan ibadah penting kepada umat Islam kerana ia adalah amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah SWT. Oleh itu, sewajarnyalah ianya dilakukan dengan kaedah yang betul sepertimana ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Menyedari kepentingan ini, MPP ILPPG telah menganjurkan program Bedah-Siasat Solat bagi membicarakan tentang masbuk dan muafik pada 28 April 2024 di Surau Al-Mawaddah ILPPG.

Permasalahan seperti bagaimana solusi yang perlu diambil jika makmum terawal atau terlewat daripada imam, bagaimana solusi bagi makmum yang kelewatan hadir bertakbiratul ihram bersama imam, bagaimana solusi bagi makmum yang bertakbiratul ihram bersama imam tetapi terlupa membaca Al Fatihah dan pelbagai lagi perbincangan mengenai solat berjemaah. Di akhir ceramah turut diadakan sesi soal jawab dan penyampaian saguhati kepada pelajar yang duduk di saf hadapan.

Skip to content