07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG mengambil kesempatan menjalankan kempen penajaan pembukaan akaun Tabung Haji di kalangan pelajar pada 30 April 2024 bersempena dengan Majlis Penyampaian Zakat oleh pihak Tabung Haji Pasir Gudang. Tabung Haji Pasir Gudang memperuntukan wang zakat sebanyak RM5000 kepada 50 orang pelajar asnaf ILPPG. Sumbangan tersebut terus didepositkan ke akaun Tabung Haji pelajar-pelajar yang terlibat.

Kempen penajaan ini memberi ruang kepada para pelajar ILPPG menaja rakan masing-masing membuka akaun Tabung Haji sebagai usaha menyuntik semangat menyimpan wang kepada mereka di samping menggalakkan mereka menanam cita-cita untuk menunaikan ibadah Haji. Kaunter pembukaan akaun Tabung Haji turut dibuka untuk warga ILPPG sepanjang kempen berlansung.

Skip to content