07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

ILP Pasir Gudang telah berkolaborasi bersama UTM Skudai bagi Projek Pemasangan Panel Solar PV jenis Stand Alone 1500 Watt pada 21 unit bot nelayan Mersing di bawah penajaan Bank Islam. Seramai 141 org peserta di dalam dan luar negara terlibat di dalam program ini, yang disertai oleh pelajar-pelajar ILP Pasir Gudang, Universiti Indonesia, IKBN, IKM, Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Vokasional dan lain-lain. ILP Pasir Gudang menghantar 3 orang pengajar – En Azhari Mohamad, En Wan Mahmudul dan Pn Zatul serta 28 orang pelajar Elektrik Semester 4 untuk memberi khidmat bantuan teknikal kepada komuniti nelayan Mersing bagi pemasangan panel solar pada bot mereka. Selain itu, pelajar berpeluang mempelajari dan mendapat pengalaman secara hands-on melalui kaedah pemasangan panel solar wall-mounted rack dan juga peralatan pada kedudukan tinggi, di samping membangun kerja berpasukan, daya tahan dan daya saing di kalangan pelajar-pelajar semester akhir yang bakal melangkah ke alam pekerjaan kelak.

Skip to content