07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG telah menganjurkan program ‘One Step Closer Motivational Talk’ pada 12 Mei 2024 bertempat di Bilik Seminar ILPPG dengan menampilkan Saudara Al Hasim bin Mohd Tahir, bekas pelajar Teknologi Instrument Sesi 1/2016. Beliau dijemput bagi menyampaikan motivasi kepada 80 orang pelajar ILPPG yang memperoleh CGPA rendah. Program ini sebagai usaha pihak MPP untuk membantu para pelajar mencapai kecemerlangan di dalam bidang yang diceburi. Saudara Al Hasim kini berkhidmat sebagai Juruteknik di Asiangoes Offshore dan pernah berkhidmat di Filipina, Vietnam dan Thailand dalam bidang minyak dan gas.

Program berbentuk motivasi ini turut diadakan pada hari yang sama bertempat di surau ILPPG. Saudari Nor Amiesha binti Mohd Tahir yang juga adik kepada saudara Al Hasim dijemput sebagai penceramah pada malam tersebut. Beliau merupakan bekas pelajar Teknologi Instrumen Sesi 2/2018 dan kini berkhidmat sebagai pembantu jurutera di salah sebuah industri di Pasir Gudang. Beliau menegaskan supaya semua pelajar merebut peluang pembelajaran yang ditawarkan di ILPPG dan menggalakkan para pelajar bergiat aktif di dalam aktiviti dakwah. Hal yang lebih menarik, 2 pasangan adik beradik ini sedang berjinak-jinak mengusahakan tanaman sayur-sayuran dengan mengaplikasikan Teknologi Instrumen yang dipelajarinya di ILP Pasir Gudang.

Skip to content