07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Bahagian Teknologi Instrumen Perindustrian telah menganjurkan Cross Skilling Programme – Programmable Logic Controller pada 10 & 17 Mei 2024. Kursus ini disertai oleh 23 orang peserta terdiri daripada pelajar semester akhir Kursus Teknologi Penyenggaraan Mekanikal. Kursus ini dijalankan secara bersemuka di Bilik PLC, ILP Pasir Gudang dan disampaikan oleh tenaga pengajar pakar, Ts. Mohd Hisham bin Abd Jalil. Topik kursus termasuk pengenalan kepada PLC, penyambungan input/output dan pengaturcaraan PLC dengan menggunakan perisian CX Programmer. Kursus ini telah mencapai objektifnya untuk memberi pengetahuan dan kemahiran tentang Programmable Logic Controller (PLC) kepada peserta kursus.

Skip to content