Sempena bulan kelahiran Rasulullah SAW ini, Majlis Perwakilan Pelajar dan Jawatankuasa Surau Pelajar ILPPG telah menjalankan program CINTA (Cinta Nabi Tiada Akhirnya) untuk memupuk rasa cintakan Rasulullah. Antara program yang dijalankan :-
1. ?????? ????? ????? – ? ????????? ????
Topik berkaitan dengan hadis akhir zaman dirungkaikan melalui slot ini. Para pelajar diingatkan supaya mempersiapkan diri untuk menghadapi zaman yang penuh pancaroba.
2. ?????? ??????? – ??????? ??? ????? ~ ? ????????? ????
Program ini menampilkan para pelajar sebagai pembentang. Beberapa topik diberikan kepada pelajar untuk dikupas. Program ini mampu melatih para pelajar dalam teknik pengucapan awam serta memberi peluang kepada mereka meluahkan idea masing-masing.
3. ??????? ??????? ??????????? ~ ? ????????? ????
“Peranan Anak Muda Dalam Mengekalkan Kemerdekaan” dipilih sebagai tajuk ceramah bagi meningkatkan semangat golongan belia dalam menyintai tanahair. Ceramah ini disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Arif Bin Khalid.
4. ????? ???????? ????? ~ ? ????????? ????
Program bacaan Qasidah An Nabawiyyah ini dibuat bagi memperkenalkan syair-syair puji-pujian terhadap Rasulullah SAW. Program ini dibuat di dataran Surau Al Mawaddah dan ianya dikendalikan oleh Kumpulan Qasidah ILPPG. Program ini diselangi dengan Tausiah yang disampaikan oleh Presiden MPP ILPPG, Saudara Mohd Hafiz Bin Ali. Di akhir slot, para pelajar disajikan dengan jamuan ringan yang disediakan sendiri oleh ahli Usrah ILPPG.
5. ??????? ??????? ????? ~ ? ????????? ????
Biro Kerohanian dengan kerjasama Biro Kebajikan telah meluangkan masa selama 1 jam untuk menyantuni dan mengadakan permainan futsal bersama anak-anak yatim dan asnaf di rumah Halo Prihatin Pasir Gudang. Yang lebih menarik,para pelajar ILPPG menyediakan juadah makan malam untuk penghuni di sana.
6. ??????? ???? ??????? ~ ??????? ??????? ‘??????? ??????? ???????’
Program ini dijalankan untuk memvariasikan kemahiran dalam diri para pelajar. Program ini disertai secara percuma kepada mana-mana pelajar yang berminat.
7. ??????? ?????????? ????? & ??????? ????????? ~ ? ????????? ????
Program berbentuk bual santai ini disampaikan oleh Ustaz Khairin Bin Asmuri. Ianya berkisar tentang semangat juang Rasulullah SAW dan para sahabat dalam menyampaikan dakwah. Diakhir slot para pelajar disajikan dengan jamuan Nasi Briyani.
8. ??????? ???-??????
Kutipan kilat telah diadakan bagi mengutip sumbangan untuk Saudara Mohd Hafiz Bin Kamsin (Pelajar Teknologi Penyenggaraan Mekanikal Sem 1) yang kehilangan kedua ibubapanya pada awal tahun ini. MPP terpanggil untuk menyatakan solidariti mereka atas musibah yang berlaku dengan menjalankan derma kilat untuk pelajar tersebut.
9. ???? ????????? ??????? ~ ?? ????????? ????
Dalam program ini para pelajar diberikan kesedaran akan kepentingan pemupukan disiplin yang bermula daripada diri sendiri. Ceramah yang disampaikan oleh En Nazri Bin Latib ini menarik minat pelajar apabila diceritakan beberapa kisah teladan para pelajar ILPPG terdahulu.
10. ??????? ???????? ??????? ~ ?? ????????? ????
Kehangatan sambutan Maulidur Rasul makin terasa. Alunan qasidah akan bertambah mantap apabila diiringi alatan muzik darbuka. Oleh itu, suatu bengkel kemahiran darbuka diadakan kepada para pelajar yang berminat khususnya kepada ahli precussion Kumpulan Qasidah ILPPG. Saudara Muhammad Iqmal Syabani Bin Mohamad Ali (ALUMNI ILPPG) telah sudi meluangkan masanya untuk melatih para peserta bermain alatan tersebut.
11. ????? ??????????? & ?????? ??????? ~ ?? ????????? ????
Program ini dikendalikan oleh Saudari Nor Amiesya Binti Mohd Tahir,ALUMNI ILPPG. Beliau merupakan tokoh pelajar wanita pada sesinya. Antara intipati perkongsiannya ialah saranan kepada para pelajar untuk mengoptimumkan masa yang ada dengan ilmu pengetahuan terutamanya ilmu dan pengalaman di luar bengkel. Beliau kini berkhidmat sebagai Quality Asssurance Technician (QA) di Masimo Medical Technology, Johor.
