ILP Pasir Gudang telah menerima lawatan penandaarasan dari Kolej Vokasional Kota Tinggi dan Tanjung Puteri Pada 21 Oktober 2024 bagi melihat pelaksanaan COPTPA di Bengkel Teknologi Automoti, Teknologi Eletrik dan Teknologi Pembuatan (Pemesinan dan Perkakasan Dai).
Lawatan tersebut adalah bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada pensyarah (penyelaras SKM) Kolej Vokasional Kota Tinggi dan Tanjung Puteri berkaitan pelaksanaan Latihan SLAPB berasaskan COPTPA dan seterusnya memberikan informasi tentang pematuhan kriteria yang terdapat di dalam COPTPA yang akan dilaksanakan di peringkat Kolej Vokasional. Seramai 17 orang delagasi dari KV Kota Tinggi yang dihadiri oleh Ketua Jaminan Kualiti, 3 orang Ketua Jabatan Teknologi dan 10 orang pensyarah serta 3 orang pengajar dari Kolej Vokasional Tanjung Puteri.
Taklimat telah disampaikan oleh Ts. Eza Binti Monzaid, Timbalan Pengarah Latihan dan Puan Noor Azura Binti Mat Nor dari Bahagian Kawalan Kualiti Latihan (Persijilan Kemahiran Malaysia) yang disertakan bersama sesi soal jawab. Lawatan diakhiri dengan lawatan ke bengkel bagi melihat pelaksanaan latihan dan pembangunan portfolio pelatih.