28 Oktober 2024| “Cergas Bersama,Janji Peluh” itulah motto Hari Sukan Negara yang dijulang sempena Program Karnival Sukan Pelajar anjuran Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG yang mula dijalankan pada 15 Oktober 2024 dan kemuncaknya pada 28 Oktober 2024.
Sebanyak 20 acara sukan yang dipertandingkan iaitu perlawanan sola sepak, futsal, sepak takraw, bola tampar,Tarik tali ,gusti lengan, pertandingan memasak, pertandingan perbarisan, pertandingan seni tari silat dan E-sport ( PUBG, mobile legend,PES). Turut dijalankan acara padang seperti petanque, acara larian 100m, larian 4x100m, rejam lembing, lontar peluru, pingpong, dart dan sepak penalti. Aktiviti sampingan seperti senamrobik dan keusahawanan sudah pasti mewujudkan kemeriahannya. Semua acara ini disertai oleh para pelajar dengan semangat persaingan yang sihat demi menjulang kemenangan.
Acara pertandingan perbarisan yang bertemakan penggunaan bahan kitar semula merupakan acara pembuka tirai karnival yang gilang gemilang ini. Olahan bahan-bahan terbuang seperti plastik beg, sarang telur, botol-botol plastik, wayar-wayar, ‘condute’ elektrik dan kotak merupakan penggunaan utama yang dijadikan aksesori para pelajar dalam perbarisan tersebut. Karnival Sukan yang dirasmikan oleh Pengarah ILP Pasir Gudang, YBrs Ts Dr Alina Binti A Rahman @ Othman ini turut dihadiri oleh para pengajar sekaligus menunjukkan kebersamaan mereka dalam memartabatkan sukan institut.