07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Tahniah kepada ILP Pasir Gudang dan ADTEC Kemaman yang kini diiktiraf dengan OPITO Global 2 Qualification! Pengiktirafan ini telah disampaikan pada Majlis Pentauliahan di Karnival Bakat Johor & Ekspo TVET MYFutureJobs Johor 2024 pada 3 November 2024 di PERSADA Johor International Convention Centre oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Ketua Pengarah JTM, Ts. Kamaruzaman bin Hj. Md. Ali telah mengetuai penerimaan plaque penghargaan bersama Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts. Dr. Alina binti A Rahman dan Pengarah ADTEC Kemaman, Ts. Zamzuri bin Hassan dan sebagai simbol penghargaan atas usaha gigih JTM dalam merealisasikan pencapaian ini.

Kejayaan ini dicapai hasil sokongan penuh Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC), yang bertindak sebagai pembiaya utama dalam usaha mendapatkan pentauliahan OPITO melalui Projek “Cluster of Excellence” berperanan dalam mengangkat kemampuan institusi TVET Malaysia termasuk ILJTM ke tahap antarabangsa, khususnya dalam industri minyak, gas, dan petrokimia.

Skip to content