07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pada 8 hingga 10 November 2024 pihak ILP Pasir Gudang telah dijemput untuk menyertai pameran sempena Program Karnival MADANI Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) 2024 yang telah diadakan di Ibu Pejabat LPJ Pasir Gudang, Johor.

Karnival ini dianjurkan bertujuan untuk memperkenalkan peranan serta mendekatkan lagi LPJ dengan orang ramai serta komuniti, terutamanya rakyat Johor. Dianggarkan sejumlah 250 orang pengunjung telah hadir ke reruai ILP Pasir Gudang sepanjang 3 hari penganjuran program tersebut. Majlis telah dirasmikan oleh YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor selaku wakil rasmi YAB Dato’ Onn hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor. Pihak ILP Pasir Gudang mengambil peluang pada pameran ini untuk mempromosikan institut ini kepada warga Pasir Gudang dan warga Johor bagi program separuh masa serta kemasukan pelajar bagi program sepenuh masa sesi Pengambilan 1/2025 yang sedang dibuka sekarang ini.

Skip to content