Pada 15 dan 16 November 2024 telah berlangsungnya Kursus High Performance (Team Building) ILP Pasir Gudang yang disertai oleh seramai 107 orang kakitangan. Kursus ini telah dijalankan selama dua (2) hari satu (1) malam di ILP Pasir Gudang Kampus Senai dan dikendalikan oleh pihak Vision Meps Consultant (V.M.C).
Kursus ini dijalankan bertujuan untuk mewujudkan semangat kerjasama dalam membina satu pasukan kerja yang dinamik dan mantap juga dapat menjalinkan hubungan yang erat serta persefahaman yang tinggi di kalangan kakitangan ILP Pasir Gudang.
Sepanjang kursus ini berlangsung, para peserta telah terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan. Antaranya aktiviti Ice Breaking & Goal Setting, Pembinaan Karektor Diri dan Kumpulan, Transformasi Minda, Senaman Pernafasan, Projek Berkumpulan “Rocket Launcher”, Komunikasi Kasih Sayang dan juga slot tazkirah maghrib dan subuh.
Semoga kursus ini menjadi satu anjakan transformasi untuk bekerja dengan lebih cemerlang kepada semua kakitangan.